::Planning majlis merisik::

Raya kedua yang lepas, En. Uppa dengan secara "gentleman"nya telah datang rumah saya untuk beraya. Dia datang awal jugakla, lebih kurang pukul 10.15 pagi. Katanya dia terpaksa datang awal pagi sebab pakciknya datang beraya waktu tengahari nanti..Sampai je di Balai Polis Alam Megah, Uppa call saya, mungkin segan nak masuk rumah sorang diri, jadinya En. Uppa suruh saya tunggu dia di depan rumah. Dia drive kereta kakaknya merangkap bakal kakak ipar ku iaitu Naza Suria kaler merah. Malam sebelumnya sempat juga saya menyuruhnya pakai kemeja T yang kami pilih sama-sama masa shopping raya di Aeon Bkt Tinggi tempoh hari. Dia ikut juga kata-kata saya. Dia pakai baju biru yang saya pilih, dan kasut yang smart yet stylo....yesss, tampak juga kehenseman buah hati saya ini..cairrrrrrrrrrr.......

Saya buat air teh o panas untuk Uppa disebabkan cuaca yang tak berapa panas di pagi hari, tapi si Uppa bagi isyarat nak air sejuk.Emmm, saya masuk dapur lagi untuk hidangkan air sejuk pula. Selain kuih raya, saya hidangkan juga lemang dan rendang. Dia taknak makan, saya pujuk juga makan. Hehe, ikut juga cakap..Good Boy...hehehe

Abg zul, ayah dan mak turut melayan Uppa ini berborak. Uppa nih boleh tahan juga loyar buruk dia. ingatkan dengan saya saje dia suka buat lawak, rupanya dengan orang lain pun die suka melawak, pastu buat muka selamba, hehehe naseb baik lawak menjadi kan!
Mula-mula saya taknak la duduk di ruang tamu sekali, tapi abg zul duk nyakat kata aku malu-malu, mengada je abg zul kata saya malu, bukan malu tapi segan je...heheheh

Dari jauh Uppa saya lihat dok mengumpul kekuatan nak beritahu sesuatu dekat mak ngan ayah. Banyak kali juga dia senyum pada saya, mungkin tak tahu nak mula dari mane kot sebab mak asyik tengok tv, ayah pula dok menengok handphone nya. Tetiba masa dia nak cakap niatnya, banyak kali pula handphone ayah berbunyi.Tapi last-last Uppa berbunyi juga:

Uppa:

Pakcik, Makcik. Saya & Nor dah sepakat nak bertunang. Saya dah berbincang dengan keluarga saya. Saya ingat nak mudah, terus bertunang je tapi family saya nak datang untuk merisik 17hbSept ni.

Ayah:

Bagusla berkenal-kenalan dengan family dulu. Biasalah orang Negeri Sembilan (NS) pegang pada adat, saya pun ikut jugak adat NS nih.
(FYI: Ayah saya ada keturunan NS juga, family uppa juga NS).
Yelah pakcik tunggu family kamu datang 17hb.


Uppa:

Nanti apa-apa, saya contact dengan Nor je untuk tentukan masa dan berapa orang yang hadir dari pihak saya.

Tetiba kak Ain (kak ipar) cakap :

Kenapa Nor tak record. Nanti boleh jadikan kenangan....

Alahai ruginya saya kan.Takpe la kata-kata Uppa da direcord kemas dalam ingatan..Cecewah...

Selesai je Uppa cakap, saya da nampak ade sinar keimanan kelegaan terbit dari wajahnya tampan itu. Tak lama lepas itu, Uppa minta diri untuk pulang. Saya pun mengekori dari belakang. Ingatkan saya seorang hantar dia ke depan rumah, ayah dan abg zul pun menghantar dia sampai ke kereta nya. Uppa kalau menggelabah memang dia jalan laju sangat, tahun lepas pun macam itu juga gelagatnya. Uppa uppa...

Sementara menanti 17hb ini, rasa macam berdebar-debar pula. Yelah, 1st time nak dirisik. Harap semuanya akan berjalan lancar.

Oopss, mungkin blog saya ini agak boring sebab masih tiada gambar. Mungkin di entry-entry akan datang saya akan masukkan gambar ya. Tungguuuuu....

0 comments:

Post a Comment