::Moral Down!!!! Help!!::

Seseorang telah membuat saya sangat stress. Adalah hamba Allah ini, asyik duk gebang cerita pasal dia nak bertunang.Yelah saya tahu bakal tunang dia kaya, tiap-tiap bulan kumpul duit OT nak sponsor majlis tunang dan majlis kahwin dia. Bakal mak mertua pun siap bagi macam-macam, kunun dia bakal menantu yang paling dinanti-nantikan. Katanya mak mertuanya tak sabar nak sambut dia sebagai menantu.
Majlis tunang dia akan buat gempak.Siap sewa pelamin, kenduri besar nak buat sampai lewat malam. Bukan setakat saudara mara, kawan-kawan jauh pun nak panggil juga.
Macam nak sindir saya pun ada juga. Terasa kot sebab majlis tunang "mungkin" tidak lama lagi alahai, jgn tanya saya pun tak tahu bila...

Saya tahu saya tak mampu nak buat se"Grand" mereka. Saya tahu Uppa pun tak mampu nak sponsor kenduri dua-dua belah pihak. Geram pun ada juga. Selalu nak mengelak dari jumpa perempuan itu tetapi terpaksa juga jumpa dan terpaksa juga mendengar segala kata-kata "nak A" dia itu. Haish...bernanah juga telinga saya mendengarnya. Tapi sabar sajela.

Kebahagian bukan diuukur dengan harta. Kebahagiaan bukan boleh diukur dengan majlis yang grand-grand. Setakat bertunang, bagi saya kalau boleh tidak perlulah nak diberitahu satu dunia. Setakat bertunang, sama sahaja dengan ber"couple". Tetap belum halal lagi, cuma extra hanya dapat cincin 2 bentuk sahaja.

Tapi itu hanya kata-kata saya, masyarakat sekarang hanya pandang harta benda. Betul tak?

Baru sahaja mesej Encik Uppa. Tapi En. Uppa balas mesej seperti tak senang saja dengan luahan hati saya. Saya hanya meluahkan tak maksud sekali pun nak babitkan dia dalam kes ini.

Saya hanya bagi pandangan saja. Pandangan saya, masa merisik, famili Uppa datang bawa cincin merisik dan cincin tunang, jadi jimat perbelanjaan di situ. Tak perlu ada barang hantaran atau kenduri besar-besaran. Sebab saya sangat rendah diri. Kalau kenduri bertunang, hanya panggil rakan-rakan rapat, mesti ada yang persoalkan kenapa tidak dijemput. Bagi saya, saya tidak kisah tidak dijemput ke majlis bertunang, tapi jemputan ke majlis kahwin lagi penting. Betul tak?

Tidak apalah, untuk Hamba Allah itu, saya tujukan video ini, sepanjang anda memuji diri anda, dalam hati saya berkata begini:









0 comments:

Post a Comment