::Wordless Wednesday ~Al-fatihah~::

0 comments


::Moral Down!!!! Help!!::

0 comments
Seseorang telah membuat saya sangat stress. Adalah hamba Allah ini, asyik duk gebang cerita pasal dia nak bertunang.Yelah saya tahu bakal tunang dia kaya, tiap-tiap bulan kumpul duit OT nak sponsor majlis tunang dan majlis kahwin dia. Bakal mak mertua pun siap bagi macam-macam, kunun dia bakal menantu yang paling dinanti-nantikan. Katanya mak mertuanya tak sabar nak sambut dia sebagai menantu.
Majlis tunang dia akan buat gempak.Siap sewa pelamin, kenduri besar nak buat sampai lewat malam. Bukan setakat saudara mara, kawan-kawan jauh pun nak panggil juga.
Macam nak sindir saya pun ada juga. Terasa kot sebab majlis tunang "mungkin" tidak lama lagi alahai, jgn tanya saya pun tak tahu bila...

Saya tahu saya tak mampu nak buat se"Grand" mereka. Saya tahu Uppa pun tak mampu nak sponsor kenduri dua-dua belah pihak. Geram pun ada juga. Selalu nak mengelak dari jumpa perempuan itu tetapi terpaksa juga jumpa dan terpaksa juga mendengar segala kata-kata "nak A" dia itu. Haish...bernanah juga telinga saya mendengarnya. Tapi sabar sajela.

Kebahagian bukan diuukur dengan harta. Kebahagiaan bukan boleh diukur dengan majlis yang grand-grand. Setakat bertunang, bagi saya kalau boleh tidak perlulah nak diberitahu satu dunia. Setakat bertunang, sama sahaja dengan ber"couple". Tetap belum halal lagi, cuma extra hanya dapat cincin 2 bentuk sahaja.

Tapi itu hanya kata-kata saya, masyarakat sekarang hanya pandang harta benda. Betul tak?

Baru sahaja mesej Encik Uppa. Tapi En. Uppa balas mesej seperti tak senang saja dengan luahan hati saya. Saya hanya meluahkan tak maksud sekali pun nak babitkan dia dalam kes ini.

Saya hanya bagi pandangan saja. Pandangan saya, masa merisik, famili Uppa datang bawa cincin merisik dan cincin tunang, jadi jimat perbelanjaan di situ. Tak perlu ada barang hantaran atau kenduri besar-besaran. Sebab saya sangat rendah diri. Kalau kenduri bertunang, hanya panggil rakan-rakan rapat, mesti ada yang persoalkan kenapa tidak dijemput. Bagi saya, saya tidak kisah tidak dijemput ke majlis bertunang, tapi jemputan ke majlis kahwin lagi penting. Betul tak?

Tidak apalah, untuk Hamba Allah itu, saya tujukan video ini, sepanjang anda memuji diri anda, dalam hati saya berkata begini:









::B2B from Selangor::

0 comments

Seee....saya dah tambah gambar....Ini batch untuk b2b from Selangor...Kredit to the designer....

::Planning majlis merisik::

0 comments
Raya kedua yang lepas, En. Uppa dengan secara "gentleman"nya telah datang rumah saya untuk beraya. Dia datang awal jugakla, lebih kurang pukul 10.15 pagi. Katanya dia terpaksa datang awal pagi sebab pakciknya datang beraya waktu tengahari nanti..Sampai je di Balai Polis Alam Megah, Uppa call saya, mungkin segan nak masuk rumah sorang diri, jadinya En. Uppa suruh saya tunggu dia di depan rumah. Dia drive kereta kakaknya merangkap bakal kakak ipar ku iaitu Naza Suria kaler merah. Malam sebelumnya sempat juga saya menyuruhnya pakai kemeja T yang kami pilih sama-sama masa shopping raya di Aeon Bkt Tinggi tempoh hari. Dia ikut juga kata-kata saya. Dia pakai baju biru yang saya pilih, dan kasut yang smart yet stylo....yesss, tampak juga kehenseman buah hati saya ini..cairrrrrrrrrrr.......

Saya buat air teh o panas untuk Uppa disebabkan cuaca yang tak berapa panas di pagi hari, tapi si Uppa bagi isyarat nak air sejuk.Emmm, saya masuk dapur lagi untuk hidangkan air sejuk pula. Selain kuih raya, saya hidangkan juga lemang dan rendang. Dia taknak makan, saya pujuk juga makan. Hehe, ikut juga cakap..Good Boy...hehehe

Abg zul, ayah dan mak turut melayan Uppa ini berborak. Uppa nih boleh tahan juga loyar buruk dia. ingatkan dengan saya saje dia suka buat lawak, rupanya dengan orang lain pun die suka melawak, pastu buat muka selamba, hehehe naseb baik lawak menjadi kan!
Mula-mula saya taknak la duduk di ruang tamu sekali, tapi abg zul duk nyakat kata aku malu-malu, mengada je abg zul kata saya malu, bukan malu tapi segan je...heheheh

Dari jauh Uppa saya lihat dok mengumpul kekuatan nak beritahu sesuatu dekat mak ngan ayah. Banyak kali juga dia senyum pada saya, mungkin tak tahu nak mula dari mane kot sebab mak asyik tengok tv, ayah pula dok menengok handphone nya. Tetiba masa dia nak cakap niatnya, banyak kali pula handphone ayah berbunyi.Tapi last-last Uppa berbunyi juga:

Uppa:

Pakcik, Makcik. Saya & Nor dah sepakat nak bertunang. Saya dah berbincang dengan keluarga saya. Saya ingat nak mudah, terus bertunang je tapi family saya nak datang untuk merisik 17hbSept ni.

Ayah:

Bagusla berkenal-kenalan dengan family dulu. Biasalah orang Negeri Sembilan (NS) pegang pada adat, saya pun ikut jugak adat NS nih.
(FYI: Ayah saya ada keturunan NS juga, family uppa juga NS).
Yelah pakcik tunggu family kamu datang 17hb.


Uppa:

Nanti apa-apa, saya contact dengan Nor je untuk tentukan masa dan berapa orang yang hadir dari pihak saya.

Tetiba kak Ain (kak ipar) cakap :

Kenapa Nor tak record. Nanti boleh jadikan kenangan....

Alahai ruginya saya kan.Takpe la kata-kata Uppa da direcord kemas dalam ingatan..Cecewah...

Selesai je Uppa cakap, saya da nampak ade sinar keimanan kelegaan terbit dari wajahnya tampan itu. Tak lama lepas itu, Uppa minta diri untuk pulang. Saya pun mengekori dari belakang. Ingatkan saya seorang hantar dia ke depan rumah, ayah dan abg zul pun menghantar dia sampai ke kereta nya. Uppa kalau menggelabah memang dia jalan laju sangat, tahun lepas pun macam itu juga gelagatnya. Uppa uppa...

Sementara menanti 17hb ini, rasa macam berdebar-debar pula. Yelah, 1st time nak dirisik. Harap semuanya akan berjalan lancar.

Oopss, mungkin blog saya ini agak boring sebab masih tiada gambar. Mungkin di entry-entry akan datang saya akan masukkan gambar ya. Tungguuuuu....

::Kata-kata Aluan::

0 comments
Assalamualaikum Semua....

Saya Bride To Be (B2B) dari Selangor. Anda boleh panggil saya - Cik Nor. Bermulanya hari ini saya ingin menjadikan blog ini sebagai catatan saya sebelum cincin di jari manis (sebelum bertunang), pabila cincin di jari manis (sudah bertunang) dan setelah menjadi isteri kepada En. Uppa, InsyaAllah.

Blog ini bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat dengan B2b yang lain dan juga untuk menimba ilmu DIY, budget kahwin, dan lain-lain tips dari b2b yang lain serta mantan b2b. Terdetik melahirkan satu blog b2b setelah menjadi silent readers kepada ramai b2b dan mantan b2b.

Sebelum ini saya ada juga blog peribadi tetapi tak perlulah saya letakkan url di sini kerana isi-isinya lebih kepada isi hati dan peribadi saya eheh malu nak tunjuk sebenarnya....

Saya akan cuba untuk mengapdet segala apa persiapan saya dari majlis merisik sehinggalah majlis resepsi dan bertandang di dalam blog ini insyaAllah....

Tapi harap-harap blog ini taklah jadi sarang lelabah plak...hehehe....

Apa-apa pun segala comment anda amatla saya hargai, saya akan buat entry baru lagi ya! Kalau anda suka klik jadi follower saya taw!!!...

ok laling-laling semua, jumpa lagi..chowww!!!